2025-07-07 IDOPRESS

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden Republik Afrika Selatan,Cyril Ramaphosa.
RIO DE JENEIRO,7 Julai - Lawatan kerja Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Brazil membolehkan kerjasama sedia ada diperkukuh.
Dalam sela masa lawatan kerja tersebut,beliau berkesempatanmengadakan pertemuanbersama Presiden Republik Afrika Selatan,Cyril Ramaphosa.
Menerusi pertemuan itu,kedua-dua pemimpin bersetujuuntuk merangka langkah memperluas pelaburan strategik.
Antara bidang yang dicadangkan ialah sektor pertanian,automotif,pelancongan dan halal.
Dalam pada itu,Malaysia turut menzahirkan penghargaan atas sokongan tegas Afrika Selatan terhadap perjuangan rakyat Palestin,termasuk usaha gigih mereka di Mahkamah Keadilan Antarabangsa.
Malaysia juga komited mempererat hubungan dengan Afrika Selatan sebagai rakan dagang utama di benua Afrika.
Ia selari dengan semangat solidariti Selatan-Selatan dan kerjasama MADANI merentas benua.
Perdana Menteri turut mengundang Presiden Ramaphosa untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Oktober ini,selain mengucapkan penghargaan atas undangan kepada Malaysia untuk menghadiri Sidang G20 di Afrika Selatan pada November.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur