2025-07-07 IDOPRESS

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,5 Julai- Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam dagangan berhati-hati minggu depan dengan tarikh akhir perjanjian tarif Amerika Syarikat (AS) pada 9 Julai menjadi tumpuan utama pasaran,kata para penganalisis.
Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd,Thong Pak Leng menjangkakan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) diniagakan dalam jajaran 1,530-1,560 mata,mewakili tahap sokongan dan rintangannya.
"Indeks petunjuk pasaran telah keluar daripada fasa penstabilannya dengan jumlah dagangan yang tinggi dan bergerak ke arah aliran yang lebih kukuh," katanya kepada Bernama.
Ketua penyelidikan pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan pula berkata bursa tempatan dijangka lebih lebih berhati-hati dengan keadaan turun naik sekali-sekala ketika para pelabur memantau rapat perkembangan landskap dasar perdagangan global.
“Perhatian terutamanya tertumpu pada tarikh akhir penangguhan tarif AS pada 9 Julai,apabila tarif yang dinaikkan - antara 20 hingga 30 peratus- dijangka dikekalkan ke atas negara tanpa perjanjian perdagangan dua hala yang rasmi.
"Malaysia,antara lain,mungkin terus berdepan ketidakpastian sekiranya rundingan masih belum dapat diselesaikan. Presiden AS Donald Trump menyatakan pemberitahuan rasmi mengenai kadar tarif baharu akan dikeluarkan tidak lama lagi kepada rakan perdagangan yang terbabit," katanya.
Bagi asas mingguan,indeks petunjuk pasaran meningkat 22.03 mata kepada 1,550.19 daripada 1,528.16 pada minggu sebelumnya. Indeks FBM Emas meningkat 218.92 mata kepada 11,617.72,Indeks FBMT 100 naik 209.34 mata kepada 11,390.70,dan Indeks FBM Emas Shariah menokok 276.69 mata kepada 11,617.82.
Indeks FBM 70 meningkat 516.38 mata kepada 16,787.04 manakala Indeks FBM ACE menokok 51.64 mata kepada 4,526.40.
Mengikut sektor,Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 54.12 mata kepada 17,791.22,Indeks Perladangan melonjak 119.72 mata kepada 7,448.74,dan Indeks Tenaga naik 8.93 mata kepada 741.61.
Jumlah dagangan bagi minggu ini meningkat kepada 17.25 bilion unit bernilai RM12.62 bilion daripada 11.68 bilion unit bernilai RM8.45 bilion pada minggu sebelumnya.
Jumlah dagangan Pasaran Utama menokok kepada 9.22 bilion unit bernilai RM11.41 bilion daripada 5.40 bilion unit bernilai RM7.39 bilion.
Jumlah dagangan waran menambah kepada 6.62 bilion unit bernilai RM772.30 juta daripada 4.96 bilion unit bernilai RM655.61 juta.
Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 1.40 bilion unit bernilai RM437.52 juta daripada 1.07 bilion unit bernilai RM399.48 juta pada minggu sebelumnya.- BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur