2025-07-07 IDOPRESS

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,5 Julai- Pasaran getah Malaysia dijangka didagangkan bercampur-campur dengan beberapa senario turun naik pada minggu hadapan susulan ketidakpastian dalam permintaan global disebabkan oleh ketidaktentuan mengenai tarif Amerika Syarikat (AS),menurut Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Malaysia (MARGMA).
MARGMA berkata walaupun aktiviti pembuatan di China telah menunjukkan peningkatan,pembuatan di negara-negara Asia lain masih lembap,sebahagian besarnya berpunca daripada ketegangan perdagangan AS.
"Presiden AS Donald Trump mengumumkan bahawa minggu ini,beliau tidak akan melanjutkan tarikh akhir bagi negara-negara terkait untuk menyimpulkan perjanjian perdagangan dengan AS,ini menambahkan lagi ketidaktentuan," kata persatuan itu kepada Bernama.
MARGMA juga menyatakan bekalan getah asli (NR) sedang terjejas oleh hujan lebat di Asia Tenggara dan ini akan menjejaskan bekalan.
"Harga getah akan mengikuti trend di pasaran niaga hadapan getah serantau,pada masa yang sama,ia turut dipengaruhi oleh kekuatan ringgit berbanding dolar US termasuk penanda aras harga minyak mentah.
"Perkembangan dalam tarif perdagangan AS-China serta ketegangan geopolitik yang berterusan di Timur Tengah akan terus menjadi faktor utama yang mempengaruhi pergerakan harga getah," kata MARGMA.
Sementara itu,pakar industri Denis Low berkata pasaran dijangka kekal terikat dan sebahagian besarnya tidak berubah,dengan kecenderungan ke arah turun naik tetapi mencerminkan trend menurun.
"Banyak negara yang sedang menyelesaikan masalah tarif akan ditolak secara langsung atau ditawarkan perjanjian yang sukar untuk mereka ikut.
"Dalam keadaan sedemikian,peniaga akan lebih berhati-hati dalam aktiviti penyimpanan memandangkan komoditi tersebut mungkin akan menerima impak,menyebabkan pasaran getah bergerak ke sisi dan kekal perlahan," katanya.
Dari minggu ke minggu,harga rujukan Lembaga Getah Malaysia untuk SMR 20 jatuh sebanyak 9 sen kepada 711 sen sekilogram manakala lateks pukal merosot sebanyak 14 sen kepada 571.5 sen sekilogram.- BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur