2025-07-07 IDOPRESS

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,5 Julai- Malaysia Aviation Group (MAG),syarikat induk kepada Malaysia Airlines,menempah 20 lagi pesawat A330neo secara terus dengan Airbus.
Tempahan terbaharu ini mengukuhkan komitmennya terhadap strategi jangka panjang yang memberi tumpuan kepada pembaharuan armada dan pembangunan rangkaian penerbangan.
'"Pemerolehan terbaharu ini bakal menjadikan Malaysia Airlines sebagai salah satu pengendali A330neo terbesar di rantau Asia Pasifik,sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai syarikat penerbangan premium utama dalam salah satu pasaran perjalanan yang berkembang pesat di dunia,” jelas MAG dalam satu kenyataan.
Pesanan baharu ini adalah lanjutan daripada komitmen awal MAG pada tahun 2022 untuk memperoleh 20 pesawat A330neo.
Ia merangkumi 10 pesawat yang dibeli secara terus dan 10 disewa daripada syarikat Avolon,menjadikan jumlah keseluruhan komitmen MAG kepada 40 pesawat setakat ini.
Penghantaran bagi kumpulan tambahan ini dijadualkan bermula dari tahun 2029 hingga 2031.
Setakat ini,MAG telah menerima empat pesawat A330neo yang kini beroperasi bagi laluan terpilih ke Auckland,Melbourne dan Bali.
Enam lagi pesawat dijadualkan diterima menjelang akhir tahun ini,manakala baki pesawat daripada tempahan asal akan dihantar secara berperingkat sehingga tahun 2028.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur