2025-07-07 IDOPRESS

Foto RTM
KUALA LUMPUR,5 Julai – Sektor ekonomi digital dan industri hijau dijangka diberi tumpuan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13),sebagai pemacu pertumbuhan baharu negara.
Kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) tertinggi dalam sektor pusat data membuktikan negara semakin mendapat perhatian pelabur dalam bidang teknologi maklumat.
Penganalisis ekonomi,Profesor Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashidmenjangkakan Pelan Digital Negara (MyDIGITAL) bakal menerima peruntukan lebih besar dalam usaha mempercepat transformasi digital negara.
“Ekonomi digital dan industri hijau dijangka diberi tumpuan dalam RMK13 kerana potensinya yang semakin menyerlah berbanding sektor tradisional seperti pembinaan,pertanian dan minyak dan gas,” katanya.
Tambah beliau,Malaysia memiliki infrastruktur yang baik untuk menyokong pertumbuhan industri digital dan hijau.
Namun,pelaburan tambahan diperlukan dalam pembangunan sumber manusia tempatan untuk melahirkan tenaga kerja mahir yang mampu menyokong perkembangan kedua-dua sektor ini.
"Aspek ini wajar diberi perhatian dalam RMK-13 nanti," katanya kepada RTM.
RMK-13 akan dibentangkan di Parlimen pada 31 Julai ini.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur