2025-07-07 IDOPRESS
Sentimen pelabur kekal waspada dalam suasana ketidaktentuan dasar perdagangan global. - Foto fail
KUALA LUMPUR,5 Julai – Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam dagangan berhati-hati minggu depan,susulan tumpuan diberi kepada tarikh akhir berkaitan tarif Amerika Syarikat (AS) pada 9 Julai.
Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd,Mohd Sedek Jantan,berkata sentimen pelabur kekal waspada dalam suasana ketidaktentuan dasar perdagangan global,dengan kemungkinan turun naik harga dalam jangka pendek.
“Pasaran memberi perhatian khusus kepada tarikh akhir 9 Julai,apabila tarif AS antara 20 hingga 30 peratus dijangka diteruskan terhadap negara-negara yang belum menandatangani perjanjian perdagangan rasmi dengan Washington.
"Malaysia turut terkesan sekiranya perbincangan masih menemui jalan buntu. Presiden AS,Donald Trump,dijangka mengeluarkan pengumuman rasmi mengenai struktur tarif baharu tidak lama lagi," jelasnya.
Sementara itu,Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd,Thong Pak Leng berpendapat,indeks utama FBM KLCI akan diniagakan dalam jajaran 1,530 hingga 1,560 mata,mencerminkan paras sokongan dan rintangan semasa.
"FBM KLCI kini menunjukkan isyarat positif apabila keluar daripada fasa mendatar sebelum ini,didorong oleh peningkatan dalam jumlah dagangan dan petunjuk kepada arah aliran yang lebih mantap," katanya.
Bagi asas mingguan,indeks penanda aras FBM KLCI mencatat peningkatan 22.03 mata kepada 1,550.19 berbanding 1,528.16 pada minggu sebelumnya. FBM Emas menambah 218.92 mata kepada 11,617.72,FBMT 100 meningkat 209.34 mata kepada 11,390.70,manakala FBM Emas Shariah naik 276.69 mata kepada 11,617.82.
FBM 70 melonjak 516.38 mata kepada 16,787.04,manakala FBM ACE turut meningkat sebanyak 51.64 mata kepada 4,526.40.
Proven Strength, New Chapters Ahead: Chery Super Hybrid (CSH) Global Endurance Test Concludes in Triumph, Paving the Way for the 2025 Chery Brand User Summit
Sentimen elak risiko dorong ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar
Pasaran kewangan domestik kekal teratur meskipun terdapat ketidaktentuan global
Gangguan Aerotrain, MAHB bakal lantik penilai bebas laksana semakan menyeluruh
KWAP lancar Dana Iklim+, galak pelaburan hijau negara
MITI, MoF bincang insentif baharu galak penggunaan EV
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur