2025-07-07 IDOPRESS

Pensyarah Kanan Ekonomi,Fakulti Pengurusan dan Perniagaan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Terengganu,Dr. Mohd Khairi Ismail/ Foto RTM
KUALA LUMPUR,6 Julai - Kerjasama antara negara anggota BRICS dan ASEAN berpotensi membuka ruang perdagangan yang lebih dinamik merentasi rantau.
Pensyarah Kanan Ekonomi,Dr. Mohd Khairi Ismail berpandangan BRICS menawarkan peluang kepada negara-negara membangun untuk lebih berdaya saing dalam sistem perdagangan global.
Beliau turut menekankan kepentingan memperkukuh prinsip multilateralisme,selaras nilai kerjasama pelbagai hala yang digagaskan BRICS.
BRICS disifatkan sebagai platform strategik untuk mewujudkan sistem perdagangan antarabangsa yang lebih adil dan seimbang.
"BRICS ini ia adalah satu peluang kepada negara-negara yang terlibat. Kalau kita lihat,BRICS ini membawa kepada potensi yang besar yang boleh menjadi sebagai platform alternatif yang lebih inklusif kerana ia mampu mewakili suara anggota dan juga memperjuangkan perdagangan yang lebih adil.
"Ia mampu mengimbangi dominasi dalam perdagangan semasa terutama di peringkat antarabangsa. Dari segi kerjasama BRICS dan juga ASEAN sebenarnya ia adalah satu potensi yang besar kerana ia mampu membuka ruang perdagangan rantau yang lebih dinamik.
"Ini kerana ia mampu menyediakan kepelbagaian dari segi peluang untuk eksport dan juga import dan di sinilah ia mampu menggalakkan integrasi antara ekonomi negara," katanya ketika dihubungi Berita RTM,di sini hari ini.
Mohd Khairi berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucaptama di Forum Perniagaan BRICS di Rio De Janeiro,Brazil.
Beliau optimis Malaysia berupaya memainkan peranan signifikan dalam kerjasama rentas rantau BRICS-ASEAN memandangkan Malaysia mempunyai rekod diplomatik yang positif.
BRICS yang kini dianggotai oleh Brazil,Rusia,India,China dan Afrika Selatan itu disifatkan sebagai pelengkap strategik ke arah mewujudkan sebuah ekonomi global yang lebih progresif.
Australia bincang dengan Petronas, pacu kerjasama dalam bidang tenaga
Tiga inisiatif untuk penternak, pesawah, petani di Melaka
JBPM kesan 11 panggilan palsu di Pulau Pinang
Malaysia utamakan keperluan bahan api domestik berbanding eksport
CIMB, DBKL perkasa pembangunan ekonomi Kuala Lumpur
Selangor peruntuk RM130.42 juta perkukuh daya tahan hadapi kesan krisis global
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur