2025-07-08 HaiPress

Prof. Madya Dr. Kamarul Azman Khamis bersama peserta Pertandingan Karom Ala Kampung di Kampung Lubuk Merbau,Pedu,Padang Terap,Kedah
PADANG TERAP,8 Julai- Idea dan pengalaman golongan veteran tidak wajar dipinggirkan dalam mendepani cabaran era teknologi baharu yang semakin mempengaruhi pemikiran anak muda termasuk kanak-kanak.
Timbalan Dekan Ghazali Shafie Graduate School of Government,Universiti Utara Malaysia (GSGSG UUM),Prof. Madya Dr. Kamarul Azman Khamis berkata,meskipun teknologi seperti Kecerdasan Buatan (AI) memudahkan capaian maklumat,pengalaman golongan lama masih relevan untuk membentuk masyarakat yang harmoni,berdaya saing dan berdisiplin.
Menurutnya,gabungan idea antara generasi lama dan baharu boleh dilakukan melalui pelbagai pendekatan seperti program,wacana atau aktiviti bersama.
"Kita melihat juga ini adalah satu kaedah di mana kita menyatukan jiwa-jiwa,antara pendekatan alaf abad yang lama dan pendekatan golongan belia yang menggunakan kaedah AI dan teknologi. Melalui pendekatan ini kita dapat melihat tanda silaturahim,ukhuwah,dan perpaduan. Seruan kerajaan juga mengalu-alukan agar apa jua program yang dijalankan perlu menjurus kepada penyatuan dan perpaduan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pertandingan Karom Ala Kampung di Kampung Lubuk Merbau,Kedah.
Pertandingan itu disertai lebih 40 peserta yang terdiri daripada golongan veteran dan belia setempat,sekali gus menjadi platform merapatkan jurang antara dua generasi melalui aktiviti santai dan berunsur kekeluargaan.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur