2025-07-08 IDOPRESS

Ruang yang adil kepada semua penulis tanpa mengira jantina
KUALA LUMPUR,8 Julai - Dunia penulisan hari ini semakin terbuka dan inklusif. Tiada lagi pemisahan antara jantina dalam menilai hasil karya sastera,sebaliknya mutu dan kekuatan isi menjadi keutamaan.
Menurut Ahli Jawatankuasa Kerja Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA),Hajah Nisah Haron,GAPENA bersikap adil dalam memberikan ruang dan peluang kepada semua penulis tanpa mengira jantina.
“Kita sebenarnya tidak perlu lagi membezakan penulis lelaki atau wanita,kerana pada hari ini tahun 2025 penilaian tidak lagi dibuat berdasarkan jantina. Sebaliknya,kita lebih memberi perhatian kepada kualiti dan perkembangan karya seseorang penulis.
"Setiap penulis,tanpa mengira gender,berhak menikmati ruang,peluang dan pengiktirafan yang sama dalam dunia kesusasteraan,termasuk dalam penerimaan anugerah dan penglibatan sastera.” kata beliau ketika ditemu bual pemberita selepas menghadiri program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri,RTM.
Meskipun begitu,penganjuran perhimpunan penulis wanita tetap wajar sebagai satu usaha untuk mengkaji dan menghimpunkan wacana sastera wanita di rantau ini. Perkara itu dijelaskan oleh Dr. Norhayati Rahman,Ahli Panel Perhimpunan Penulis Sastera Wanita Se-Nusantara 2025.
“Sebenarnya,himpunan ini bertujuan menghimpunkan para penulis wanita dari negara-negara serumpun di rantau Nusantara. Melalui pertemuan ini,pihak penganjur berhasrat untuk mengumpulkan segala pandangan dan dapatan yang dikongsi,lalu menghimpunkannya dalam sebuah makalah yang akan diterbitkan sebagai dokumentasi penting rujukan berharga untuk masyarakat pada masa akan datang,insyaAllah.”
Melangkah ke hadapan,GAPENA yakin bahawa penulis wanita Malaysia mahupun Nusantara mampu terus memperkasa dunia sastera dengan gagasan yang matang,pemikiran kritis dan karya yang sarat nilai insaniah serta kemanusiaan sejagat.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur