2025-07-08 IDOPRESS

Foto hiasan/Arkib BERNAMA
PETALING JAYA,8 Julai -Kerajaan dan semua pihak berkepentingan perlu bertindak segera dalam membaik pulih sistem sokongan psikososial supaya tidak terus membebankan tugas kaunselor.
Gesaan dibuat Presiden NGO Empati,Syahida Zulkarnain susulan pendedahan Exco Kesihatan Awam Selangor,Jamaliah Jamaluddin bahawa 1,020 murid sekolah menengah di negeri itu berisiko tinggi mengalami kemurungan.
Jelas Syahida Zulkarnain,perkara itu bukan sahaja membimbangkan,malah menuntut pembaharuan dasar lebih jelas dan sistematik seterusnya memperkukuh sistem kaunselor sekolah secara menyeluruh.
“1,020 murid itu hanyalah permukaan gunung ais – di bawahnya mungkin ribuan lagi sedang menjerit tanpa suara. Jika kita tidak bertindak hari ini,mereka mungkin akan hilang esok – secara emosi,akademik atau lebih tragik,nyawa mereka sendiri,” kata menerusi satu kenyataan.
Kenyataan Pengasas & Presiden NGO Empati,Syahida ZulkarnainTambahnya,NGO Empati mendapati bahawa ramai kaunselor sekolah hari ini terbeban dengan tugas pentadbiran,dan tidak diberi ruang mencukupi untuk menjalankan fungsi emosi dan sokongan psikososial kepada pelajar.“Dengan nisbah kaunselor kepada pelajar yang mencecah 1:500 atau lebih,serta ketiadaan latihan berterusan dan fasiliti yang sesuai,peranan kaunselor semakin terpinggir,” katanya.Justeru,badan bukan kerajaan itu mengemukakan beberapa cadangan lebih jelas dan berkuasa berkaitan garis panduan etika dan fungsi kaunselor serta Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) di sekolah.“Penyelesaian bukan terletak pada program jangka pendek semata-mata,tetapi melalui reformasi dasar,” jelas Syahida.Cadangan lain yang dikemukakan termasuk mengadakan latihan secara berkala untuk kaunselor dalam modul seperti psychological first aid,trauma-informed care dan komunikasi berasaskan empati.Turut dicadangkan adalah pemerkasaan PRS secara nasional agar pelajar mengetahui bahawa mereka tidak bersendirian; ruang kaunseling selamat dan tidak menghakimi di setiap sekolah dan promosi kesedaran kesihatan mental di sekolah sebagai norma dan bukan stigma.iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur