2025-07-08 IDOPRESS

Tangkap layar insiden tular antara pemandu bas dengan kumpulan penunggang basikal.
KUALA LUMPUR 8 JULAI - Rapid Bus memaklumkan bahawa siasatan telah dijalankan berhubung insiden melibatkan pemandu bas perantara MRT dengan sekumpulan penunggang basikal,selepas video kejadian berkenaan tular di media sosial.
Menerusi rakaman yang dimuat naik oleh seorang penunggang basikal,bas tersebut dilihat memandu berhampiran kumpulan terbabit sebelum berhenti dan berlaku perselisihan faham.
Rapid Bus menjelaskan semasa kejadian,kapten bas berdepan dengan kesukaran untuk memandu akibat kumpulan berkenaan mengayuh secara berkumpulan di hadapan bas,selain ada yang menggunakan lorong kiri serta menghalang laluan.
Susulan itu,kapten bas berkenaan memberhentikan kenderaan dan menegur kumpulan tersebut,namun berlaku pertengkaran sebelum seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang kebetulan melalui kawasan tersebut bagi menenangkan keadaan.
Kapten bas berkenaan juga telah diberi sesi kaunseling bagi membantu beliau mengendalikan situasi yang akan datang.
Semua pemandu juga telah diingatkan untuk terus mematuhi panduan keselamatan dan mengamalkan pemanduan berhemah.
Orang ramai,khususnya penunggang basikal,turut dinasihatkan agar sentiasa mengutamakan keselamatan di jalan raya dengan menunggang secara satu barisan agar tidak menganggu aliran trafik.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur