2025-07-08 IDOPRESS

Foto fail
KUANTAN,8 Julai -Seorang remaja maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 207.2 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala Kuantan,tengah malam tadi.
Kemalangan melibatkan motosikal dan dua kenderaan pacuan empat roda.
Mangsa,Megat Omar Ali Harris,17 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. Manakala,kedua-dua pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketua Polis Daerah,Supritenden Mohd Adli Mat Daud berkata,siasatan awal mendapati,kesemua kenderaan dari arah Kuala Lumpur menuju ke Kuantan.
Semasa tiba di lokasi kejadian,motosikal mangsa yang berada di lorong kiri dipercayai terbabas ke lorong kanan,lalu dirempuh dua pacuan empat roda yang tidak sempat mengelak.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur