2025-07-08 IDOPRESS

Foto Bernama
KUALA LUMPUR,8 Julai- Malaysia bakal menjadi tuan rumah bagi tiga program utama peringkat ASEAN berkaitan pembangunan bandar mampan dari 10 hingga 15 Ogos,bersempena peranannya selaku Pengerusi ASEAN 2025.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata,kementeriannya akan menjadi tuan rumah kepada Forum Perbandaran Mampan ASEAN (ASUF),Forum Datuk Bandar dan Gabenor ASEAN (AGMF),serta Mesyuarat Gabenor dan Datuk Bandar Ibu Kota ASEAN (MGMAC) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Setakat ini pihaknya telah menerima jumlah penyertaan luar biasa dengan lebih 6,000 peserta telah berdaftar menerusi portal rasmi sekali gus membuktikan kepentingan penganjuran program berkenaan dalam membentuk masa depan bandar serantau.
"Sebagai Pengerusi ASEAN dan Presiden Perhimpunan Habitat PBB yang baharu dilantik,Malaysia memainkan dua peranannya sebagai penganjur serantau dan penyokong global bagi pembangunan bandar yang mampan.
"Ia bukan sahaja sebagai satu penghormatan,malah membuktikan kepercayaan dunia terhadap nilai dan visi kita (Malaysia) untuk memajukan inklusif,berfokuskan rakyat serta pembangunan bandar yang mampan," katanya.
Nga Kor Ming berkata demikian pada Majlis Pra-Pelancaran tiga acara penting sempena Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN.
Penganjuran yang mengangkat tema 'Bandar dan Wilayah Masa Depan ASEAN: Inklusif dan Kemampanan' menyaksikan kerjasama KPKT dengan Sekretariat ASEAN,UCLG ASPAC,UN Habitat,Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan URBANICE Malaysia.
Fokus acara akan tertumpu kepada empat tonggak utama iaitu Badan Berdaya Tahan Iklim; Inklusif,Kesihatan dan Bandar Prihatin; Transformasi Digital dan Inovasi serta Laluan Kolaboratif untuk Kemampanan.
Sementara itu,Nga Kor Ming turut memaklumkan pihaknya turut menerima jumlah permohonan luar biasa bagi program sukarelawan dari pelbagai negara ASEAN.
"200 sukarelawan belia ASEAN telah terpilih daripada lebih 600 permohonan termasuk dari Brunei,Indonesia,Singapura dan Thailand. Ia mencerminkan kesatuan serantau," ujarnya.
Pada majlis sama,turut dilancarkan Bas Prasarana dan GoKL berperanan sebagai pengangkutan awam dan juga duta bergerak dalam menyampaikan agenda bandar kepada orang ramai.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur