2025-07-08 IDOPRESS
Pelancaran Indeks Hang Seng TECH (HSTECH) dan Indeks Hang Seng China Enterprises (HSCEI) di Bursa Malaysia
KUALA LUMPUR,7 Julai -Penerbit waran berstruktur terkemuka Malaysia,Kenanga Investment Bank Berhad (Kenanga IB) meluaskan penawaran produknya ke pasaran Asia Timur,khususnya Hong Kong.
Ketua Pasaran Ekuiti dan Ketua Kumpulan Derivatif Ekuiti Kenanga IB,Philip Lim berkata,peluasan itu dibuat berdasarkan perubahan trend dalam kalangan pelabur dan pedagang yang kini mula mencari peluang di luar pasaran Amerika Syarikat (AS).
"Ramai pelabur dan pedagang sedang mencari peluang baharu selain daripada pasaran AS,terutama dalam keadaan geopolitik dan ketegangan tarif semasa.
"Melalui penggunaan teknologi pembelajaran mesin,analisis data pasaran dan maklum balas pelanggan,kami dapati ramai yang ingin lebih terlibat dalam pasaran China," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas pakej baharu waran berstruktur di Bursa Malaysia.
Dua waran berstruktur baharu tersebut adalah Indeks Teknologi Hang Seng (HSTECH) dan Indeks Perusahaan China Hang Seng (HSCEI).
Indeks HSTECH merangkumi 30 syarikat teknologi terbesar yang disenaraikan di Hong Kong,termasuk Alibaba,Tencent dan Meituan.
Sementara itu,indeks HSCEI pula menjejak prestasi syarikat utama dari tanah besar China yang disenaraikan di Hong Kong,merentasi pelbagai sektor termasuk teknologi maklumat,barangan pengguna dan kewangan.
Kenanga IB juga komited untuk meneroka peluang pengembangan ke pasaran serantau seperti Singapura dan Indonesia,bergantung kepada permintaan pelabur.
Menerusi pelancaran itu,ia mampu memperkukuh kehadiran Kenanga di Asia Timur,selepas kejayaan waran berstruktur Hang Seng Index (HSI) pada tahun 2021.
Kenanga IB merekodkan pegangan pasaran sebanyak 52 peratus dalam segmen waran berstruktur di Bursa Malaysia,dengan jumlah dagangan keseluruhan mencecah RM15.7 bilion bagi tahun 2024.
Ringgit dijangka kekal dalam jajaran kecil minggu depan
Bursa Malaysia dijangka diniagakan lengang minggu depan
Sokong naik taraf premis, promosi pelancongan dalam Belanjawan 2026
Malaysia sasar potensi eksport RM230 juta pada Ekspo China-ASEAN ke-22
Kemahiran pengaturcaraan melahirkan generasi celik teknologi
Transformasi digital, sumbang pertumbuhan ekonomi negara
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur