2025-07-08 IDOPRESS

Gambar hiasan
KUALA LUMPUR,1 Julai –PETRONAS Gas Berhad (PGB) berjaya menyempurnakan proses pengaliran gas bagi saluran paip pintasan baharunya,pada 1 Julai 2025. Kejayaan itu menandakan pemulihan sepenuhnya bekalan gas asli ke Batu Tiga,Shah Alam dan Jambatan Connaught di Selangor.
''Operasi itu dijalankan selepas memenuhi semua keperluan kejuruteraan,operasi dan keselamatan kawal selia,termasuk pengeluaran Permit untuk Beroperasi (PTO) oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH).
“PGB terus komited untuk memastikan keselamatan orang ramai yang tinggal berhampiran infrastruktur kritikal ini,” jelas PGB dalam satu kenyataan hari ini.
Sebagai sebahagian daripada pendekatan berteraskan keselamatan,PGB melaksanakan pengukuhan kejuruteraan tambahan di seksyen pintasan di Putra Heights,termasuk pemasangan sensor canggih bagi mengesan pergerakan tanah dan paip,melebihi piawaian biasa.
Saluran paip kekal baharu dengan ciri keselamatan dipertingkat juga sedang direka bentuk,sejajar dengan risiko kawasan sekeliling yang sedang membangun.
Selain pemulihan bekalan,PGB telah menyalurkan lebih RM2 juta meliputi RM1.38 juta bantuan langsung kepada keluarga terjejas.
Tambahan RM25 juta turut disumbangkan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk kerja-kerja pembinaan semula rumah.
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur