2025-07-08 IDOPRESS

Gambar hiasan
KUALA LUMPUR,7 Julai - Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin,namun diniagakan kukuh berbanding mata wang utama,berikutan peniaga dan pelabur sedang memantau perkembangan tarif baharu AS,kata seorang penganalisis.
Pada 6 petang,mata wang utama itu susut kepada4.2310/2400 berbanding dolar AS4.2180/2260 ketika ditutup pada Jumaat.
Ketua Ahli EkonomiBank Muamalat Malaysia BhdDr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kenyataan terbaharu Presiden ASDonald Trump berkaitantarif tambahan 10 peratus ke atas negara yang bersekutu dengan BRICS menjadi tumpuan pasaran.
Pada Ahad (6 Julai),Presiden Trump dilaporkan berkata mana-mana negara yang menyokong dasar ‘anti-Amerika’ BRICS akan dikenakan tarif tambahan 10 peratus.
“Perkembangan ini menunjukkan kebimbangan mengenai tarif tercetus kembali,memandangkan tempoh penangguhan 90 hari akan tamat minggu ini.
“Indeks Dolar AS (DXY) turut naik 0.03 peratus kepada 97.208 mata. Pasaran kini berada dalam mod ‘risk-off’,” katanya kepada Bernama.
Pada penutup dagangan,ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama.
Ia meningkat berbanding euro kepada 4.9647/9752 daripada 4.9675/9770 pada Jumaat,mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.9091/9155 daripada 2.9225/9282,dan naik sedikit berbanding pound Britain kepada 5.7563/7685 daripada 5.7601/7710 sebelum ini.
Ringgit turut diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang ASEAN.
Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.3096/3172 daripada 3.3114/3182 pada Jumaat,serta meningkat sedikit berbanding peso Filipina kepada 7.46/7.48 daripada 7.47/7.49 sebelum ini.
Mata wang itu naikberbanding baht Thailand kepada 12.9837/13.0173 daripada 13.0302/0609,dan kekal hampir tidak berubah berbanding rupiah Indonesia pada 260.5/261.2 daripada 260.6/261.2 pada Jumaat. - BERNAMA
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur