2025-07-10 HaiPress

Foto RTM
IPOH,10 Julai - Sebuah kilang aiskrim di kawasan perindustrian Jelapang,di sini musnah dalam kebakaran malam tadi,namun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak,Sabarodzi Nor Ahmad,pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden tersebut pada pukul 11.51 malam.
Lebih 80 anggota termasuk dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh,Meru Raya,Pasir Puteh serta empat Pasukan Bomba Sukarela dikerah ke lokasi bagi operasi pemadaman.
Operasi turut melibatkan pemantauan bahan kimia berikutan keberadaan dua tangki gas ammonia seberat 800 liter di dalam premis.
Pasukan Hazmat JBPM Perak telah menjalankan pemeriksaan dan berjaya menutup saluran utama tangki ammonia tersebut.
Bacaan gas ammonia direkodkan pada kadar 10 PPM dan disahkan masih dalam keadaan terkawal.
Kerja-kerja baik pulih dan pemunggaran sisa bara turut diteruskan bagi memastikan tiada kebakaran berulang di bawah struktur yang runtuh.
Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur