2025-07-10 HaiPress

Ketua Pengarah Penyiaran,Datuk Suhaimi Sulaiman menyampaikan amanat pada sesi townhall bersama warga RTM di Auditorium Seri Angkasa,Angkasapuri Kota Media,Kuala Lumpur/ Foto RTM
KUALA LUMPUR,10 Julai- Percambahan idea baharu merupakan kunci utama bagi memastikan organisasi penyiaran tertua negara,RTM terus kekal dinamik dan relevan dalam era penyiaran masa kini,tegas Ketua Pengarah Penyiaran,Datuk Suhaimi Sulaiman.
Oleh itu,penganjuran sesi townhall khususnya membuka ruang kepada kakitangan dari pelbagai bahagian untuk tampil dengan cadangan program yang lebih menarik sekali gus menandakan perubahan budaya kerja yang lebih inklusif dan kreatif.
“Jadi apabila kita buka ruang ini,dahulu kalau orang (kakitangan) TV buat program untuk TV,orang (kakitangan) radio buat untuk radio. Tapi kali ini kita lihat orang (kakitangan) pemasaran cadangkan program TV,orang (kakitangan) muzik beri idea untuk berita.
"Ini sesuatu yang tak pernah berlaku sebelum ini,” katanya ketika ditemui selepas sesi townhall bersama warga RTM di Auditorium Seri Angkasa,di sini hari ini.
Tambah Suhaimi,pendekatan baharu ini membolehkan RTM melihat kandungan dari sudut pandang penonton,yang disifatkan sebagai ‘resipi kejayaan’ untuk menarik minat audiens baharu.
Dalam pada itu,beliau turut menyeru pengarah dan ketua jabatan agar menjadi duta RTM dengan membawa jenama penyiaran itu ke pelbagai pentas termasuk persidangan antarabangsa dan tempatan dalam usaha memperluaskan pengaruh dan menarik lebih ramai khalayak.
“Bila orang lihat wakil RTM di pentas antarabangsa,ia jadi pencetus untuk orang rasa ingin tahu dan nak tengok apa sebenarnya RTM bawa,” katanya.
Langkah tersebut adalah antara strategi yang kini sedang giat digerakkan bagi memperkukuh jenama RTM secara menyeluruh di udara,digital,dan juga lapangan.
BERITA BERKAITAN
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur