2025-07-10 HaiPress

Timbalan Menteri Kerja Raya,Datuk Seri Ahmad Maslan berucap pada Pameran Malaysia International Machinery Fair ke-36 (MIMF 2025) di MITEC/Foto MITEC
KUALA LUMPUR,10 Julai - Tenaga kerja tempatan perlu memiliki kemahiran serta pemahaman mendalam terhadap teknologi tinggi termasuk automasi dan kecerdasan buatan (AI),bagi memenuhi keperluan industri masa kini.
Timbalan Menteri Kerja Raya,Datuk Seri Ahmad Maslan berkata,kementerian komited memperkasa Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) agar tenaga kerja bukan sekadar mengendalikan mesin canggih,tetapi mampu menyesuaikan teknologi itu dengan keperluan tempatan.
“Apabila saya melihat pelbagai jenis mesin yang begitu canggih digunakan di negara kita,tentunya kita memerlukan tenaga kerja yang memahami teknologi terkini.
"Bukan hanya sebagai operator,tapi mereka perlu boleh menyesuaikan teknologi itu kepada keperluan tempatan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Malaysia International Machinery Fair ke-36 (MIMF 2025) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC),di sini,hari ini.
Mengulas lanjut,beliau berkata kementerian akan terus bekerjasama dengan institusi pendidikan,agensi berkaitan serta pihak industri bagi menambah jumlah tenaga pakar dalam bidang teknikal.
“Kita akan meneruskan usaha menambah bilangan tenaga pakar dalam bidang TVET bagi mengendalikan mesin-mesin terkini yang sesuai dengan Revolusi Industri Keempat (IR 4.0),termasuk juga teknologi kecerdasan buatan (AI) yang kini semakin meningkat,” katanya.
MIMF 2025 menghimpunkan lebih 750 pempamer dari lebih 10 negara dan dijangka menarik kehadiran lebih 10,000 pengunjung dalam kalangan pemain industri.
Antara fokus utama pameran adalah teknologi automasi pembuatan,pembungkusan pintar,percetakan berteknologi tinggi serta teknologi berkaitan industri makanan dan minuman.
Selain menjadi platform pameran teknologi,MIMF 2025 turut menyaksikan pemeteraian beberapa memorandum persefahaman (MoU) dalam bidang pemindahan teknologi,industri halal dan automasi industri pembinaan melibatkan kerjasama antara pemain tempatan dan antarabangsa.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur