2025-07-10 HaiPress

KUALA LUMPUR,10 Julai -Pelantikan hakim mahkamah atasan merupakan urusan kenegaraan yang penting.
Menurut kenyataan Istana Negara,ia perlu dilakukan dengan cermat serta berintegriti,selaras peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
Mengikut Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan,pelantikan hakim dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri,selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.
"Perkara ini secara jelasnya menzahirkan prinsip semak dan imbang dalam sistem kehakiman negara.
Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 [Akta 695] merupakan undang-undang yang memperuntukkan proses pemilihan calon hakim,namun kuasa untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong adalah terletak kepada Perdana Menteri," menurut kenyataan itu.
Istana Negara menegaskan,hal ehwal pelantikan bawah Perlembagaan Persekutuan perlu ditangani secara sah agar pelaksanaan kuasa oleh Yang di-Pertuan Agong tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur