2025-07-10 HaiPress

Harta pusaka/Foto BERNAMA
BALIK PULAU,10 Julai -Kurang pemahaman mengenai pengurusan harta menurut undang-undang Syariah merupakan punca wujudnya harta beku dalam kalangan umat Islam di Pulau Pinang.
Timbalan Ketua Menteri I,Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid berkata,isu pengurusan harta pusaka dalam kalangan umat Islam semakin merunding dan perlu ditangani bagi mengelakkan wujudnya konflik keluarga dan salah faham seterusnya wujud pembaziran harta pusaka.
"Memahamkan masyarakat tentang cara menangani isu harta beku yang tidak diagihkan,khususnya melibatkan harta pusaka. Pengurusan harta ini boleh dilakukan melalui beberapa kaedah seperti faraid,hibah,dan wasiat.
Wasiat boleh dibuat oleh pemilik harta sebelum meninggal dunia,namun pelaksanaannya tertakluk kepada hukum syarak. Sekiranya wasiat itu dibuat kepada bukan waris,hanya satu pertiga daripada harta boleh diwasiatkan,manakala selebihnya memerlukan persetujuan waris yang lain." katanya kepada media selepas merasmikan Program Literasi Syariah Madani 2025 di Balik Pulau.
Jelas beliau,umat Islam juga boleh menguruskan harta pusaka menerusi kaedah wakaf,hibah dan wasiat yang merupakan kaedah sah dari sudut hukum syarak dan amat penting dalam memastikan pengurusan serta pengagihan harta dilakukan mengikut undang-undang Islam.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur