2025-07-10 HaiPress

Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong (dua,kanan) menyantuni penghuni-penghuni Penjara Seberang Perai pada Karnival Kerjaya dan Keusahawan MyFuture Jobs ‘Tiada Yang Terpinggir’ yang diadakan dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di Kompleks Penjara Seberang Perai
JAWI,10 Julai -Seramai 4,105 bekas banduan yang telah selesai menjalani hukuman sejak 2020 kini memulakan kehidupan baharu dengan kembali ke alam pekerjaan hasil inisiatif padanan kerjaya yang dilaksanakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong berkata,inisiatif itu dapat memulihkan semula keyakinan golongan rentan seperti mereka ini dan membantu mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing.
Terdapat lima sektor utama yang menjadi penyumbang terbesar kepada pengambilan golongan ini ialah sektor pembuatan,pembinaan,pertanian,perkhidmatan makanan serta perdagangan borong dan runcit.
"Untuk menyediakan 4,500 peluang pekerjaan kepada prospek-prospek kita ini adalah melalui perjanjian persefahaman (MoU) antara PERKESO dengan enam persatuan wakil-wakil majikan. Semua ini merupakan antara inisiatif kementerian dan PERKESIO bawah program daya kerjaya.
:Di mana dalam Belanjawan 2025 kerajaan telah memperuntukkan RM20 juta bagi menyokong penempatan pekerjaan untuk golongan rentang termasuk bekas banduan dan prospek,"katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kerjaya dan Keusahawanan MYFutureJobs yang berlangsung di Kompleks Penjara Seberang Perai.
Berdasarkan data Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM),lebih 13.7 peratus daripada 16.78 juta tenaga kerja aktif di Malaysia adalah pekerja asing,sekali gus menunjukkan perlunya memanfaatkan potensi tenaga kerja tempatan termasuk prospek dan bekas banduan.
Sementara itu bagi Muniesvaran Murugan,44 seorang bekas banduan yang kini kembali membina kehidupan baharu selepas menjalani hukuman penjara selama lima tahun,peluang kedua yang ditawarkan melalui inisiatif padanan kerjaya PERKESO akan dimanfaatkan sepenuhnya.
Muniesvaran yang berasal dari Perak kini bekerja di sebuah syarikat sektor pembungkusan baja,PDI,yang beroperasi di Perlis.
"Saya amat berterima kasih kepada majikan saya yang sudi mengambil saya bekerja," katanya.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur