2025-07-10 HaiPress

Foto fail
KUALA LUMPUR,9 Julai -Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil hari ini,disokong operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM18.32 bilion dalam sistem konvensional dan RM32.10 bilion bagi dana Islam.
BNM akan menjalankan tender repo berbalik sebanyak RM3.0 bilion untuk tempoh tujuh hari dan tender repo berbalik semalaman sebanyak RM7.0 bilion.
Bank pusat itu turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula dan kemudahan komoditi Murabahah bercagar dengan tempoh satu minggu,satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4 petang,BNM akan melaksanakan tender sehingga RM28.3 bilion melalui tender semalaman konvensional dan sehingga RM32.1 bilion menerusi lelongan semalaman Murabahah.-BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur