2025-07-10 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,9 Julai -Langkah Malaysia yang kekal berunding dalam isu tarif 25 peratus Amerika Syarikat (AS) disifatkan sebagai pendekatan matang dan berprinsip dalam melindungi kepentingan nasional tanpa menjejaskan keterbukaan terhadap pelaburan asing.
Menurut Pengarah Program MBA & DBA Putra Business School (PBS),Prof. Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff,meskipun tarif diumum tanpa rundingan,Malaysia kekal optimis dan komited mencari penyelesaian seimbang dan konsisten meneruskan dialog demi kepentingan ekonomi negara.
"Pendekatan ini mencerminkan kematangan Malaysia apabila objektif utama iaitu menjaga kepentingan Nasional itu diambil sambil kekal terbuka untuk apa jua jenis rundingan dengan mana mana negara demi memastikan pelaburan dapat di bawa masuk ke dalam negara.
"Pada masa sama,eksport dapat dikembangkan ke pelbagai pasaran," katanya ketika dihubungi RTM hari ini.
Sementara itu Pensyarah Kanan Ekonomi UiTM Terengganu Dr. Mohd Khairi Ismail berkata,pendekatan tegas namun pragmatik negara dalam rundingan perdagangan memberi mesej jelas bahawa Malaysia stabil dan berprinsip.
"Ini sebenarnya memberi isyarat kepada pelabur bahawa Malaysia adalah destinasi pelaburan yang stabil,berprinsip dan juga terbuka. dari segi
pendekatan yang tenang ini dan juga berkhidmah ia memperlihatkan kestabilan dasar dan juga komitmen negara terhadap penyelesaian yang lebih diplomatik.
"Sebenarnya inilah yang akan meyakinkan pelabur bahawa Malaysia sentiasa
konsisten dalam rundingan dan tidak bertindak secara terburu-buru,” katanya.
Setakat ini,rundingan bersama wakil Perwakilan Perdagangan AS masih berlangsung,dengan Malaysia berusaha mencari penyelesaian yang seimbang sebelum tarikh akhir pada 1 Ogos ini.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur