2025-07-10 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,9 Julai -Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah hari ini berikutan pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) yang mengurangkan permintaan terhadap emas.
Seorang peniaga memberitahu Bernama,prestasi perlahan dalam pasaran emas COMEX AS dan dinamik mata wang global,ditambah dengan aktiviti pengambilan untung oleh pelabur yang mengurangkan pegangan mereka menjelang pengumuman tarif baharu oleh AS turut menyumbang kepada penyusutan pasaran niaga hadapan emas tempatan.
Namun begitu,katanya,ketegangan perdagangan global yang semakin memuncak mungkin meningkatkan permintaan terhadap emas apabila pelabur mencari perlindungan daripada jangkaan ketidaktentuan harga saham.
Kontrak bulan semerta bagi Julai 2025 susut kepada US$3,299.40 setiap auns troy daripada US$3,337.80 pada Selasa,kontrak Ogos 2025 merosot kepada US$3,314.80 daripada US$3,353.20 manakala kontrak September 2025 turun kepada US$3,329.70 daripada US$3,368.10.
Kontrak bagi Oktober 2025,Disember 2025 dan Februari 2026 masing-masing berkurang kepada US$3,348.50 daripada US$3,386.90 pada Selasa.
Jumlah dagangan naik kepada 42 lot berbanding 31 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 68 kontrak daripada 61 kontrak sebelumnya.
Emas fizikal berharga US$3,314.74 setiap auns troy,menurut penetapan harga oleh London Bullion Market Association pada 8 Julai 2025.- BERNAMA
Aset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur