2025-07-11 HaiPress

Menteri Luar,Datuk Seri Mohamad Hasan/Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,10 Julai -Rusia kini sedang mempertimbangkan untuk menandatangani Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ) bersama ASEAN.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Luar,Datuk Seri Mohamad Hasan,selepas mempengerusikan Mesyuarat Pasca Persidangan Menteri-Menteri ASEAN bersama Rusia,hari ini.
"Rusia sedang menimbangkan untuk menandatangani SEANWFZ bersama ASEAN.
"Namun,dokumentasi berkaitan masih perlu dirundingkan di peringkat pegawai terlebih dahulu," jelas beliau kepada media.
Terdahulu,China dijangka akan menandatangani perjanjian tersebut dalam masa terdekat sebaik sahaja proses dokumentasi dimuktamadkan.
Perjanjian SEANWFZ bermatlamat antaranya menjadikan Asia Tenggara kawasan bebas senjata nuklear dan mengukuhkan keamanan dan keselamatan serantau.
Sementara itu,Menteri Luar Rusia,Sergey Lavrov menyifatkan pertemuannya bersama para pemimpin ASEAN sebagai pertemuan yang baik dan konstruktif.
"It’s a nice meeting," katanya kepada media.
Persidangan tersebut memberi tumpuan kepada pelaksanaan hasil perjanjian yang dicapai semasa lawatan rasmi Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Rusia pada Mei lalu.
Para menteri turut membincangkan isu-isu dua hala dan antarabangsa semasa,dengan penekanan khusus terhadap hal ehwal serantau serta prospek untuk terus memperkukuh kerjasama strategik antara Rusia dan ASEAN.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur