2025-07-11 IDOPRESS

Menteri Luar New Zealand,Winston Peters/Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,10 Julai -Mesyuarat Pasca Persidangan Menteri-Menteri Luar ASEAN bersama New Zealand berlangsung hari ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Mesyuarat itu memperlihatkan kemajuan kukuh dalam kerjasama dua hala serta komitmen berterusan ke arah mempertingkatkan Perkongsian Strategik ASEAN-New Zealand.
Menteri Luar New Zealand,Winston Peters turut menyambut baik perkembangan positif yang telah dicapai dalam pelbagai bidang kerjasama antara kedua-dua pihak.
Kedua-dua pihak turut menyatakan kesediaan dan harapan tinggi terhadap Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-New Zealand yang akan diadakan bagi meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara ASEAN dan New Zealand.
Selain membincangkan usaha memperkukuh hubungan strategik,mesyuarat juga menjadi platform penting untuk pertukaran pandangan mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa.
Perkara yang menjadi kepentingan bersama serta membabitkan isu-isu semasa yang memberi kesan kepada kestabilan dan kesejahteraan rantau ini.
Mesyuarat tersebut mencerminkan keutuhan dan kematangan hubungan ASEAN-New Zealand yang terus berkembang,selaras dengan aspirasi bersama ke arah keamanan,kemakmuran,dan pembangunan mampan serantau.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur