2025-07-11 IDOPRESS

Sidang Kemuncak Keselamatan 5GOT ASEAN dijadual berlangsung pada 15-17 Julai 2025
KUALA LUMPUR,10 Julai -Sidang Kemuncak Keselamatan 5G dan Teknologi Operasi (OT) ASEAN akan menghimpunkan pakar keselamatan digital serantau bagi berkongsi pengetahuan dan membina kepercayaan digital merentas sempadan.
Acara yang dijadual berlangsung tiga hari di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur,dari 15 hingga 17 Julai ini,dijangka menarik penyertaan lebih 2,000 peserta dari 14 negara termasuk Indonesia,India dan Thailand.
Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Digital Nasional Bhd (DNB) dan CyberSecurity Malaysia (CSM) sebagai penganjur bersama.
Ketua Pegawai Eksekutif DNB,Datuk Azman Ismail berkata,sidang ini menjadi platform membincangkan risiko keselamatan siber semasa serta penyelesaian bersama.
“Kita berkongsi pelbagai risiko yang sering dihadapi dari sudut keselamatan siber,serta langkah mengurangkan risiko tersebut.
Penting untuk melihat isu ini bukan sahaja di Malaysia,tetapi juga di negara lain di seluruh dunia. Semua pihak perlu bergabung untuk menetapkan piawaian minimum,” katanya selepas sesi taklimat,di sini.
Sidang kemuncak berkenaan akan dirasmikan Menteri Digital,Gobind Singh Deo pada 15 Julai nanti.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur