2025-07-11 IDOPRESS

Malaysia terima anugerah pengurusan haji terbaik dunia daripada Arab Saudi/Foto Bernama
SEPANG,11 Julai - Pengurusan Operasi Haji negara bagi tahun ini paling istimewa,kerana berjaya dianugerahi Labaytum ‘Diamond Award’,iaitu penghargaan tertinggi daripada kerajaan Arab Saudi untuk pengurusan jemaah haji terbaik dunia.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata,ia hasil kerja berpasukan daripada setiap lapisan pengurusan Lembaga Tabung Haji
'' Bagi tahun 1446 hijrah ini agak istimewa kerana kita menerima anugerah 'Diamond Award',satu penghargaan yang tertinggi diberikan kepada Lembaga Tabung Haji,hasil daripada pengurusan kerja berkumpulan yang terbaik.
''Kerja berpasukan antara faktor penting menunjukkan bagaimana pengurusan Tabung Haji berjalan dengan baik,daripada pengurusan tertinggi sampai ke bawah,'' katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyambut ketibaan 264 jemaah dari penerbangan KT093 yang selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 9.35 minit malam tadi.
Tambahnya,seramai 22 jemaah direkodkan meninggal dunia di Tanah Suci berbanding 28 pada tahun lalu.
Beliau turut memuji para jemaah yang berdisiplin tinggi dengan sentiasa mematuhi setiap peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi.
Sementara itu,penghargaan turut diberi kepada semua pihak yang bekerjasama seperti Kementerian Kesihatan Malaysia,Jabatan Imigresen,Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan agensi media yang bertugas di Tanah Suci.
Operasi Haji akan tamat secara rasmi hari ini dengan ketibaan kumpulan terakhir penerbangan 232 jemaah yang dijangka tiba pada pukul 12.10 minit tengah hari.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur