2025-07-11 IDOPRESS

Menteri Luar,Datuk Seri Mohamad Hasan ketika berucap pada Majlis Makan Malam Gala sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 (AMM)/Foto Bernama
KUALA LUMPUR,11 Julai - ASEAN terus komited merancang hala tuju masa depan yang lebih inklusif dan berdaya tahan jangka panjang menerusi pelaksanaan Wawasan Komuniti ASEAN (ACV) 2045,meskipun berdepan cabaran ketidaktentuan global ketika ini.
Menteri Luar,Datuk Seri Mohamad Hasan berkata,dalam menghadapi dunia yang semakin tidak menentu,ASEAN tidak boleh berundur daripada melakukan perancangan yang bersifat jangka panjang dan berdaya tahan.
"Kita bersama-sama telah berani membayangkan apa yang ASEAN boleh jadi menjelang tahun 2045. Wawasan jangka panjang seperti ini bukan sahaja memerlukan strategi,tetapi juga pengorbanan kerana satu-satunya perkara yang boleh dijangka adalah ketidaktentuan. Dan ya,saya pernah dengar orang berkata,‘kenapa perlu merancang untuk 20 tahun akan datang,sedangkan merancang dua minggu dari sekarang pun sukar dalam iklim global semasa?’
''Tetapi hanya kerana kita tidak dapat meramalkan cuaca,itu tidak bermakna kita berhenti membawa payung. Perancangan bukanlah tentang kepastian,ia adalah mengenai kesiapsiagaan dan ASEAN sedang bersedia untuk masa depan.'' katanya
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Makan Malam Gala sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 (AMM) dan mesyuarat berkaitan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur malam tadi.
Dalam ucapannya,beliau turut menyentuh mengenai kemajuan penyertaan Timor-Leste sebagai ahli ke-11 ASEAN yang kini semakin hampir menjadi kenyataan.
''Malah,bulatan kita kini semakin meluas apabila ASEAN menjalin persahabatan jauh melangkaui rantau kita sendiri,'' ujarnya.
Majlis Makan Malam Gala yang bermula pada pukul 8 malam itu turut diserikan dengan persembahan Artistana dari Istana Budaya,nyanyian penyanyi tersohor Dayang Nurfaizah,persembahan koir dan orkestra.
Menarik perhatian tetamu kehormat,Malaysia turut memperkenalkan momen istimewa yang dikenali sebagai ‘diplomasi durian’,menampilkan buah tempatan ikonik yang terkenal dengan aromanya.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur