2025-07-11 IDOPRESS

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Datuk Ewon Benedick ditemui pemberita a selepas merasmikan Wisma Co-Opbank Pertama (CBP) di Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR,10 Julai -Langkah Bank Negara Malaysia (BNM) menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dijangka memberi kesan positif kepada perusahaan mikro,kecil dan sederhana (PMKS) di seluruh negara.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Datuk Ewon Benedick berkata,ia dilihat mampu meringankan beban kewangan usahawan,sekali gus memberi ruang kepada mereka untuk terus berkembang dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
"Saya juga mengalu-alukan pengumumanBank Negara Malaysia yang telah menurunkan kadar OPR. Saya amat yakin ini akan memberi kesan positif kepada usahawan PMKS," katanya kepada media selepas merasmikan Wisma Co-Opbank Pertama (CBP) di ibu negara.
Menyentuh mengenai tarif import sebanyak 25 peratus yang dikenakan kepada Malaysia bermula 1 Ogos ini di Amerika Syarikat (AS),Datuk Ewon berharap rundingan antara kedua negara berkaitan perkara itu terus memperkukuh sokongan berterusan kepada PMKS.
"Mudah mudahan dengan perbincangan berkaitan tarif yang masih berlangsung dengan AS dan dengan inisiatif -inisiatif lain yang kita teruskan dalam negara ini akan dapat beri sokongan berterusan kepada usahawan PMKS di negara kita untuk terus menyumbang kepada ekonomi negara kita," katanya.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur