2025-07-14 HaiPress

Foto fail BERNAMA
SEREMBAN,14 Julai - Pemilik premis kediaman atau perniagaan yang tidak membersihkan kawasan mereka dalam tempoh tujuh hari akan berdepan tindakan tegas termasuk proses lelongan mahkamah.
Perkara itu ditegaskan Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan,Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan,J. Arul Kumar.
Katanya,Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah mengambil beberapa tindakan seperti memasang kain rentang sebagai peringatan terhadap pemilik untuk melaksanakan pembersihan dengan segera.
"Majlis bandaraya Seremban telah mengenal pasti banyak lot seperti ini di seluruh kawasan seremban dan mengambil tindakan dengan memasang kain rentang dan di media sosial,facebook MBS juga maklumkan banyak temat telah diambil tindakan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media Tindakan Penguatkuasaan Ke AtasPremis/Lot Semak,Kotor di Lorong Jawa,di sini.
Jelasnya,premis yang kotor boleh mengundang masalah seperti binatang berbisa,anai-anai dan pencemaran bau.
Setakat Jun,20 premis dan tanah terbiar telah diberi arahan pembersihan.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur