2025-07-14 HaiPress

Rohai Zahar Nedi ditemui RTM selepas bersiaran di Konti Mutiara FM
GEORGE TOWN,14 Julai – Sambutan Minggu Perpaduan peringkat kebangsaan yang bakal berlangsung di Pulau Pinang dijangka menjadi platform penting dalam memperkukuh keharmonian serta membentuk jati diri rakyat merentas kaum,bangsa dan agama.
Acara yang dijadual berlangsung dari 17 hingga 20 Julai di Stadium Negeri Batu Kawan,menjanjikan pelbagai pengisian menarik yang menonjolkan semangat perpaduan dan kepelbagaian budaya negara.
Antara tarikan utama termasuk Jualan MADANI,kios Foodunites,Perkampungan Kadazan Dusun,serta Perkampungan Orang Asli yang membawakan elemen budaya serta keunikan komuniti masing-masing.
Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Pulau Pinang,Rohai Zahar Nedi,berkata acara ‘Rumah Kami’ yang diperkenalkan kali ini turut menampilkan 24 atlet dari seluruh negara termasuk Sabah,Sarawak,Kelantan dan Johor.
“Rumah Kami bukan sekadar mempamerkan rumah tradisional,tetapi juga mengetengahkan kebudayaan,adat istiadat perkahwinan,alat muzik dan persembahan kebudayaan dari setiap negeri,” katanya ketika ditemui RTM selepas bersiaran di Konti Mutiara FM.
Perasmian sambutan tersebut akan disempurnakan oleh Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim,pada 19 Julai.
Majlis sambutan turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa artis popular tanah air antaranya Datuk Awie,Stacy,Black Hanifah,Jaclyn Victor dan ramai lagi.
Sambutan kali ini diyakini membuka ruang interaksi aktif antara masyarakat pelbagai latar belakang serta mewujudkan jaringan sosial yang lebih erat,seiring usaha kerajaan memperkukuh semangat Malaysia MADANI.
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur