2025-07-14 HaiPress

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi,Datuk Chan Foong Hin ketika ditemui pemberita
JOHOR BAHRU,14 Julai -Kunjungan delegasi Kesatuan Eropah (EU) ke Malaysia pada Ogos depan bakal menjadi ruang strategik bagi negara membentangkan komitmen terhadap pemuliharaan hutan dan amalan perladangan mampan.
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi,Datuk Chan Foong Hin berkata,kunjungan itu penting dalam usaha memperkukuh reputasi negara dalam penilaian bawah Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan EU (EUDR).
Katanya,lawatan itu juga akan membolehkan delegasi EU menilai secara lebih dekat pengoperasian sektor perladangan di Malaysia,khususnya industri sawit.
Sekali gus,membuktikan kesungguhan Malaysia membangunkan industri sawit tempatan secara lestari,sejajar tuntutan piawaian antarabangsa.
"Namun begitu,kita akan terus menjalinkan libat urus secara aktif dengan pihak antarabangsa agar mereka memahami amalan ketelusan dan kemampanan dalam sektor perladangan negara. Langkah ini diharap dapat memastikan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) diiktiraf sebagai antara piawaian penting yang menjadi penanda aras pemeliharaan alam sekitar dalam industri sawit," katanya di sini.
Malaysia kini disenaraikan sebagai negara berisiko dalam penilaian EUDR,dikaitkan dengan potensi menyumbang kepada penebangan hutan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur