2025-07-14 HaiPress

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor,Ling Tian Soon melihat seekor anak gajah menaiki lori Jabatan Perhilitan/Foto BERNAMA
KLUANG,14 Julai - Sebanyak RM220,000 diperuntuk bagi menubuhkan 21 pasukan kumpulan Perlindungan Hidupan Liar di daerah Kluang,diluluskan.
Ia sebagai langkah mengurangkan konflik antara manusia dan gajah yang menyebabkan kerugian lebih RM1 juta dalam tempoh empat tahun.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri,Ling Tian Soon berkata,pasukan berkenaan akan dilengkapi dengan peralatan khas serta menerima latihan khusus untuk menangani situasi pertembungan dengan haiwan liar.
"Langkah ini perlu dilaksanakan secara serentak. Ketika pihak PERHILITAN melakukan translokasi gajah,kita pula memperkukuh kumpulan perlindungan hidupan liar."
"PERHILITAN juga menjalankan libat urus bersama pihak ladang di Kluang,Kota Tinggi dan Mersing untuk mewujudkan bank makanan bagi haiwan liar," katanya.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan Operasi Bersepadu Program Translokasi Gajah di Kluang,Johor.
Selain itu,Kerajaan Negeri turut memperuntukkan RM600,000 untuk menyokong usaha pemuliharaan dan pengurusan konflik hidupan liar di seluruh negeri Johor.
Operasi translokasi menyasarkan penangkapan 10 hingga 12 ekor gajah menjelang akhir tahun ini.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur