2025-07-14 HaiPress

Datuk Seri Mohamad Sabu memeriksa varieti padi Clearfield Baharu Mardi MR CL3 dan MR di FELCRA Seberang Perak. - Foto BERNAMA
PASIR SALAK,14 Julai - Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) memperkenalkan dua varieti baharu padi untuk menangani isu berkaitan padi angin.
MenteriPertanian dan Keterjaminan Makanan,Datuk Seri Mohamad Sabu berkata,dua varieti baharu itu,MR CL3 dan MR CL4adalah hasil kerjasama strategik antara MARDIdan BASF (Malaysia) Sdn Bhd sejak 20 tahun lepas.
“MR CL3 dan MR CL4 mempunyai kelebihan matang lebih awal iaitu selama 99 hari dengan potensi hasil melebihi tujuh tan sehektar,” katanya ketika berucap pada Majlis Pengisytiharan Varieti Padi Cleafield Baharu MR CL3 dan MR CL4 di Pusat Benih Padi FELCRABerhad di sini hari ini.
Turut hadir,Ketua SetiausahaKPKM,Datuk Seri Isham Ishak,Pengerusi Lembaga Pengelola MARDI,Dr Azman Ismail,Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar,Perladangan,Pertanian dan Industri Makanan Perak,Datuk Mohd Zolkafly Harun dan Ketua Pengarah MARDI,Datuk DrMohamad Zabawi Abdul Ghani.
Beliau berkata,kedua-dua varieti itu juga mempunyai ketahanan terhadap penyakit karah daun dan karah tangkai serta dapat dimanfaatkan di bawah program inisiatif KPKM seperti penanaman padi lima kali dua tahun dan Program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB).
Sementaraitu,Datuk Seri Mohamad berkata,kaedah pengkomersilan varieti itu akan dilaksanakan melalui Sistem Pengeluaran Clearfield yang merangkumi varieti padi,racun rumpai imidazolinone (Trek) dan garis panduan penggunaan yang bertujuan mengawal masalah padi angin.
Beliau berkata,varieti MR CL3 dan MR CL4 merupakan padi yang dibiakkan khusus untuk mempunyai ciri rintangan terhadap racun rumpai imidazolinone.- BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur