2025-07-14 HaiPress

Majlis Pelancaran Program Citra Negaraku di ibu negara
KUALA LUMPUR,14 Julai – Kementerian Perpaduan Negara (KPN) menerusi Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) melancarkan Program Citra Negaraku sebagai usaha memperkukuh nilai-nilai kenegaraan dan menyemai semangat patriotisme dalam kalangan mahasiswa di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT).
Menteri Perpaduan Negara,Datuk Aaron Ago Dagang menegaskan bahawa program seperti itu dan peranan aktif Sekretariat Rukun Negara (SRN) di IPT merupakan landasan penting dalam melatih mahasiswa sebagai penggerak utama dasar perpaduan di peringkat akar umbi.
"Saya percaya mahasiswa hari ini mampu mengangkat semangat kenegaraan dan menyemai perpaduan dalam tindakan melalui dialog,kolaborasi rentas kaum,serta penglibatan dalam isu-isu sosial. Komitmen ini perlu diteruskan agar perpaduan bukan sekadar slogan,tetapi menjadi budaya hidup yang terpahat dalam sanubari setiap rakyat Malaysia",katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucaptama pada Majlis Pelancaran Program Citra Negaraku di ibu negara.
Sebagai permulaan,sebanyak enam institusi pengajian telah terpilih untuk melaksanakan Program Citra Negaraku dengan peruntukan geran sebanyak RM20,000 bagi setiap institusi.
Institusi-institusi berkenaan ialah UCSI College di Kuala Lumpur,Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh di Perak,Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail di Johor,Universiti College TATI di Terengganu,Kolej Geomatika Keningau di Sabah dan Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS).
Pada majlis tersebut,beliau turut mengumumkan perancangan kementerian itu untuk memperluas pelaksanaanprogram tersebut ke semua 193 buah Sekretariat Rukun Negara di seluruh negara menjelang tahun hadapan.
Usaha itu bertujuan menjadikan setiap SRN sebagai pusat rujukan nilai kenegaraan,semangat perpaduan serta penghayatan terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara.
Melalui pelaksanaan program ini,pelbagai aktiviti dan pengisian telah dirancang termasuk sesi Bicara Perpaduan,Ekspresi Perpaduan,program kebajikan SRN Prihatin serta aktiviti Jejak Rukun Negara.
"Kesemua inisiatif ini diharapkan dapat membentuk mahasiswa yang bukan sahaja memahami nilai perpaduan,tetapi turut menjadi ejen penyebar semangat kenegaraan dalam komuniti mereka," katanya lagi.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur