2025-07-14 HaiPress

Foto Fail
KUALA LUMPUR,12 Julai - Pasaran getah Malaysia dijangka menunjukkan aliran meningkat minggu depan,disokong oleh data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lebih kukuh,kata Persatuan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA).
MARGMA berkata harga minyak yang semakin pulih turut membantu meningkatkan sentimen pasaran.
“Data ekonomi AS yang lebih kukuh,selain pemulihan harga minyak dan jangkaan rangsangan ekonomi tambahan dari China,dilihat sebagai pemacu penting yang boleh menyokong pasaran getah minggu depan,” kata persatuan itu kepada Bernama.
Bagaimanapun,MARGMA memberi amaran bahawa ketidaktentuan berterusan yang menyelubungi dasar perdagangan AS akan terus menimbulkan cabaran bagi pasaran getah.
“Ketidaktentuan yang meluas berpunca daripada dasar perdagangan AS,walaupun terhadap kemungkinan berlangsungnya rundingan sebelum 1 Ogos,berserta dengan potensi pelarasan pada kadar faedah AS,boleh menimbulkan masalah bagi pasaran getah,” katanya.
Sebaliknya,pakar industri Denis Low menjangkakan pasaran getah kekal perlahan minggu depan,dengan kecenderungan untuk bergerak lebih rendah di tengah-tengah sentimen berhati-hati.
“Kami menjangkakan pasaran akan diniagakan dengan kecenderungan perlahan dan lebih rendah pada minggu ini,” katanya.
Pada asas minggu ke minggu,harga rujukan Lembaga Getah Malaysia untuk Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) meningkat 15 sen kepada 726.00 sen sekilogram manakala lateks pukal merosot 5 sen kepada 566.50 sen sekilogram.- BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur