2025-07-14 IDOPRESS

KUALA LUMPUR,14 Julai – Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) menegaskan pendiriannya menolak sebarang bentuk program motivasi dan pembangunan diri yang bercanggah dengan prinsip Islam,khususnya berkaitan institusi keluarga dan kesejahteraan individu.
Ketua Pengarahnya,Prof Madya Datuk Dr Mohamed Azam Mohamed Adil berkata,IKIM menekankan bahawa Islam adalah agama yang menyeluruh,merangkumi semua aspek kehidupan termasuk hubungan diri dengan Allah SWT,keluarga,masyarakat dan akhlak.
"Oleh itu,setiap program motivasi perlu berlandaskan ajaran Islam yang sahih,serta memartabatkan nilai moral dan akhlak mulia," katanya.
IKIM melahirkan kebimbangan terhadap penyalahgunaan istilah seperti kasih sayang,penerimaan diri dan kebahagiaan dalam program tertentu yang tidak berpaksikan syariat,malah diselitkan dengan fahaman menyeleweng dan budaya bertentangan dengan akidah Islam.
"Ini termasuk menggunakan modul yang menggalakkan kebebasan syahwat,meremehkan maksiat dan mempromosikan gaya hidup bertentangan dengan fitrah serta nilai kekeluargaan Islam," ujarnya.
Menurut IKIM,pendekatan sebegitu bukan sahaja menyeleweng,malah mengancam institusi perkahwinan serta peranan semula jadi lelaki dan wanita dalam keluarga.
Situasi itu juga satu ancaman serius terhadap generasi akan datang dan kestabilan masyarakat,justeru perlu ditolak tegas oleh pihak berkuasa.
Sehubungan itu,umat Islam dinasihat sentiasa berwaspada terhadap pengaruh bertentangan dengan Islam,serta memperkukuh akidah dan membina institusi keluarga yang harmoni.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur