2025-07-14 IDOPRESS

Foto fail
MERLIMAU,14 Julai -Menyelaras dan menghadkan penglibatan guru dalam aktiviti luar sekolah yang tidak berkaitan secara langsung dengan murid,antara sebahagian usaha mengurangkan beban tugas guru.
Ketua Pengarah Pendidikan Dr Mohd Azam Ahmad berkata,langkah itu bertujuan memastikan guru-guru dapat memfokuskan dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) serta membentuk sahsiah diri murid.
"Melindungi masa instruksional agar guru-guru dapat memberi fokus sepenuhnya kepada tugas utama mereka,iaitu pendidikan anak-anak. Pendidikan ini merangkumi aspek akademik serta pembangunan sahsiah melalui pelbagai aktiviti yang membentuk jati diri murid.
"Saya juga telah mengarahkan agar penyelarasan dibuat di peringkat bahagian berkaitan penglibatan guru dan pengetua dalam aktiviti luar sekolah. Ini penting kerana jika tiada penyelarasan antara bahagian,jabatan pendidikan negeri,dan pejabat pendidikan daerah,kita bimbang terlalu ramai guru terlibat dalam aktiviti luar sehingga menjejaskan kehadiran mereka di sekolah," katanya kepada pemberita dalam program Mahrajan Al-Quran Sekolah-sekolah (MQSS) Kementerian Pendidikan Peringkat Kebangsaan,di sini.
Katanya,pengetua dan guru besar turut diberi kebenaran untuk membatalkan aktiviti luar sekolah yang tidak memberi impak kepada pelajar.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur