2025-07-14 IDOPRESS

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi,Datuk Mohamad Fauzi Md Isa
KUALA LUMPUR,14 Julai - Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini dijangka lebih meriah dan menyeluruh apabila tiga acara utama serta pelbagai pengisian berteraskan rakyat dirangka sepanjang Julai hingga September.
Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi,Datuk Mohamad Fauzi Md Isa berkata,sambutan kali ini kekal dengan tema 'Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni',mencerminkan komitmen kerajaan untuk meletakkan kebajikan rakyat sebagai asas pembangunan negara.
Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang akan diadakan pada 27 Julai di Dataran Tanjung Emas,Muar,Johor,dan akan disempurnakan oleh Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Ini bukan sekadar sambutan. Ia adalah satu bentuk penyatuan rakyat yang membuktikan nilai Malaysia MADANI sentiasa diangkat dalam setiap lapisan masyarakat,” katanya pada program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media,di sini.
Menurutnya lagi,sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos pula akan berlangsung di Dataran Putrajaya,manakala Hari Malaysia disambut pada 16 September di Pusat Konvensyen Antarabangsa Pulau Pinang (PICCA).
Antara tarikan utama ialah Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang yang akan memulakan perjalanan dari Muar,melibatkan 93 aset darat termasuk kenderaan agensi kerajaan,polis,kelab permotoran dan ekonomi gig seperti 'Grab Rider'.
Lebih menarik,sambutan tahun ini menyaksikan penyertaan 56 aset air termasuk bot nelayan dan agensi penguat kuasa akan menyusuri Sungai Muar,menjadikan ia penyertaan air terbesar dalam sejarah program.
Empat program sampingan turut dirancang iaitu Karnival Kita MADANI,Larian Fun Run & Walk sejauh 6.8 kilometer,Bakti Komuniti MADANI serta Pemukiman Komuniti MADANI yang menggalakkan interaksi terus antara agensi kerajaan dan rakyat.
Inisiatif ini dijangka terus menyemarakkan semangat patriotik dan memperkukuh perpaduan ke arah membina negara bangsa yang progresif dan bersatu padu.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur