2025-07-14 IDOPRESS

Paras air di Empangan Bukit Merah kini berada pada tahap kritikal selepas mencatatkan penurunan akibat cuaca panas. - Foto BERNAMA
KERIAN,14 Julai - Paras air di Empangan Bukit Merah kini berada pada tahap kritikal selepas mencatatkan penurunan ke paras pengairan tahap tiga akibat cuaca panas.
Situasi itu memaksa pengaktifan prosedur operasi standard (SOP) termasuk pelaksanaan catuan bekalan air bagi kawasan Rancangan Pengairan Kerian.
Bagaimanapun,bekalan air domestik masih dikekalkan bagi memastikan keperluan harian penduduk tidak terjejas.
Exco Infrastruktur,Tenaga,Air dan Pengangkutan Awam Perak,Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin berkata,paras air empangan direkodkan pada 23 kaki atau 7.01 meter.
Beliau berkata,Jabatan Pengairan dan Saliran sebelum ini menjangkakan paras air akan terus menyusut hingga mencapai Aras Henti Bekalan Pengairan pada 20 kaki menjelang 16 Julai sekiranya cuaca kering berterusan.
Namun,hujan lebat pada 13 Julai lalu membantu menaikkan semula paras empangan kepada 20.65 kaki,sekali gus sedikit melegakan situasi.
Walaupun begitu,langkah catuan bekalan pengairan masih diteruskan dan pemantauan berterusan dilakukan bagi memastikan paras air kembali stabil serta dapat menyokong keperluan pertanian di kawasan terlibat.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur