2025-07-14 IDOPRESS

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi,Datuk Ewon Benedick / Foto Fail / Bernama
TENOM,12 Julai – Lebih 16,000 koperasi aktif di seluruh negara berjaya mencatat perolehan tahunan mencecah RM68 bilion,sekali gus membuktikan peranan penting gerakan koperasi sebagai pemacu ekonomi rakyat.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi,Datuk Ewon Benedick berkata kementerian komited untuk terus memperkasa koperasi menerusi pelbagai inisiatif termasuk pindaan terhadap Akta Koperasi 1993.
“Pindaan ini bertujuan memastikan perundangan koperasi kekal relevan,progresif dan bersifat memudahcara,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mini Karnival Koperasi Peringkat Daerah Tenom,di sini.
Menurut beliau,kementerian akan meneruskan pelbagai inisiatif sedia ada,termasuk menambah program baharu seperti Program Jejak Koperasi dan sesi libat urus berkaitan pindaan akta yang sedang dijalankan pada masa ini.
“Kita sedang bergerak proaktif ke arah pembaharuan demi memperkukuh peranan koperasi dalam landskap ekonomi negara,” jelasnya.
Setakat ini,jumlah anggota koperasi di Malaysia melebihi 7.2 juta orang,manakala nilai aset keseluruhan koperasi mencecah lebih RM173 bilion,menjadikan sektor itu antara penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Australia bincang dengan Petronas, pacu kerjasama dalam bidang tenaga
Tiga inisiatif untuk penternak, pesawah, petani di Melaka
JBPM kesan 11 panggilan palsu di Pulau Pinang
Malaysia utamakan keperluan bahan api domestik berbanding eksport
CIMB, DBKL perkasa pembangunan ekonomi Kuala Lumpur
Selangor peruntuk RM130.42 juta perkukuh daya tahan hadapi kesan krisis global
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur