2025-07-14 IDOPRESS

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,14 Julai - Perdagangan borong dan runcit Malaysia terus mencatatkan pertumbuhan positif dengan jumlah jualan sebanyak RM154.3 bilion pada Mei,meningkat 4.4 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Ketua Perangkawan,Datuk Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata,subsektor perdagangan borong mencatatkan nilai jualan sebanyak RM68.2 bilion,meningkat 4.7 peratus,mencerminkan kestabilan aktiviti perniagaan dalam keseluruhan rantaian bekalan.
Subsektor perdagangan runcit mencatatkan jumlah jualan RM67.1 bilion,dengan pertumbuhan 4.9 peratus tahun ke tahun.
Manakala,subsektor kenderaan bermotor mencatatkan jualan sebanyak RM19.0 bilion dengan kenaikan sebanyak 1.2 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Sementara itu,transaksi pembayaran digital di negara ini mencatatkan peningkatan tahunan yang kukuh pada Mei 2025,seiring dengan pertumbuhan sektor perdagangan.
Transaksi wang elektronik melonjak sebanyak 70.2 peratus tahun ke tahun kepada RM21.5 bilion,mencerminkan peningkatan ketara dalam penggunaan kaedah pembayaran digital.
Transaksi melalui platform pembayaran runcit masa nyata (RPP) berjumlah RM289.4 bilion,menggambarkan permintaan yang semakin meningkat terhadap pembayaran serta-merta.
Sementara itu,transaksi kewangan dalam talian (FPX) berkembang sebanyak 21.1 peratus kepada RM39.2 bilion,didorong oleh peningkatan aktiviti perbankan dalam talian.
Transaksi kad kredit kekal stabil pada RM18.7 bilion,manakala transaksi kad debit merekodkan pertumbuhan sebanyak 8.0 peratus kepada RM14.1 bilion.
Secara keseluruhan,perkembangan ini mencerminkan perluasan berterusan saluran pembayaran digital selaras dengan perubahan corak perbelanjaan pengguna dan kemajuan digitalisasi dalam infrastruktur pembayaran di negara ini.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur