2025-07-15 HaiPress

Menteri Besar Selangor,Datuk Seri Amiruddin Shari/Foto RTM
SHAH ALAM,15 Julai – Kerajaan Selangor menyasarkan seramai 100,000 peniaga dan penjaja menyertai Platform Selangor (PLATS) menjelang akhir 2025,dengan tumpuan kini diperluaskan kepada peniaga barangan basah dan kering di pasar-pasar awam.
Menurut Menteri Besar Selangor,Datuk Seri Amirudin Shari,usaha berkenaan penting bagi memastikan lebih ramai usahawan berkenaan terlibat dalam ekosistem digital.
"Kita masih ada banyak peniaga,penjaja,gerai-gerai yang boleh didekati. Salah satu contohnya ialah pendekatan di Pasar Seksyen 6.
"Kalau projek ini berjaya,kita boleh kembangkan ke lebih banyak pasar di bawah PBT masing-masing",katanya.
"Sebelum ini banyak tumpuan adalah kepada kedai makan,restoran,dan pasar malam. Kali ini,kita libatkan pula peniaga barangan basah dan kering yang sebelum ini mungkin kurang diberi perhatian,” ujarnya demikian ketika merasmikan Program Jalinan Sinergi & Apresiasi Rakan Strategik PLATS 2025 di sini hari ini.
Setakat ini,lebih 88,000 peniaga telah menyertai PLATS,jauh melebihi sasaran awal.
Platform tersebut kini memasuki fasa pengukuhan dengan pelbagai kerjasama strategik,termasuk bersama SIRIM dan Agrobank.
Melalui inisiatif tersebut,peserta menerima pelbagai manfaat seperti baucar digital,peranti,latihan keusahawanan,serta akses kepada platform e-dagang dan pemasaran dalam talian bagi membantu meningkatkan pendapatan dan daya saing mereka.
Platform Selangor (PLATS) ialah satu inisiatif digitalisasi perniagaan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Selangor pada tahun 2020.
Ia diwujudkan untuk membantu penjaja kecil,peniaga mikro dan usahawan menyesuaikan diri dengan persekitaran ekonomi digital .
Southeast Asia Division Contest of China International College Students' Innovation Competition 2026
Pertandingan Inovasi Pelajar Kolej Antarabangsa China Bahagian Asia Tenggara 2026
Malaysia rakam ucapan takziah kepada keluarga Asha Bhosle
Sektor trak tunda rayu intervensi kerajaan tangani kos operasi
Kerjasama RTM, ORF perluas akses maklumat & teknologi
Keselamatan tenaga jadi keutamaan strategik negara
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur