2025-07-15 HaiPress
Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat,Datuk Seri Nancy Shukri (tiga dari kiri) bersama sebahagian pelajar dari Yayasan Chow Kit yang hadir pada majlis pelancaran buku The Foundling di Kuala Lumpur,hari ini/ Foto RTM
KUALA LUMPUR,15 Julai - Penerbitan buku 'The Foundling' merungkai pengalaman sebenar kanak-kanak yang sering terpinggir daripada perlindungan dan peruntukan undang-undang.
Menteri Pembangunan Wanita,Datuk Seri Nancy Shukri berkata kebajikan golongan yang terdedah seperti kanak-kanak bukan lagi isu sampingan,sebaliknya ia memerlukan perhatian semua pihak termasuk kerajaan,masyarakat sivil,sektor awam dan swasta.
"Penerbitan buku (The Foundling) ini bukan sahaja (sebagai) cara untuk mendokumentasikan kisah sebenar mereka (kanak-kanak),tetapi juga satu cara untuk memberi suara (perhatian) kepada mereka yang terlalu kerap tidak didengari," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran buku 'The Foundling' karya pengasas bersama Yayasan Chow Kit dan aktivis kanak-kanak,Datuk Dr. Hartini Zainudin serta pelancaran Program Duta Yayasan Chow Kit,di sini hari ini.
Nancy turut memberi penghargaan kepada Yayasan Sime Darby yang memenuhi tanggungjawab sosial korporatnya melalui kerjasama dengan Yayasan Chow Kit.
Jelas beliau,pihak kementerian menyokong penuh usaha yayasan tersebut dalam membantu kanak-kanak yang memerlukan melalui pendidikan dan advokasi.
Dalam pada itu,Nancy turut mengulas mengenai pencarian waris seorang budak lelaki iaitu Naim Nizar yang ditemui ditinggalkan dalam beg pakaian di Seri Kembangan,Serdang,enam tahun lalu.
"Kita akan mengadakan siaran media dan memberi notis bahawa kita memberi masa hanya dua bulan,kalau tidak ada (pihak) yang memberi maklum balas (mengenai kanak-kanak itu) maka kita terus ke mahkamah untuk memohon perintah jagaan," ujar beliau.
Tambahnya,Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kini sedang berusaha mencari waris kanak-kanak itu bagi memudahkan proses pendaftaran sijil kelahiran dan pendaftaran sekolah pada tahun depan.
Ringgit dijangka kekal dalam jajaran kecil minggu depan
Bursa Malaysia dijangka diniagakan lengang minggu depan
Sokong naik taraf premis, promosi pelancongan dalam Belanjawan 2026
Malaysia sasar potensi eksport RM230 juta pada Ekspo China-ASEAN ke-22
Kemahiran pengaturcaraan melahirkan generasi celik teknologi
Transformasi digital, sumbang pertumbuhan ekonomi negara
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur