2025-07-15 HaiPress

Kemalangan melibatkan motosikal dinaiki dua pelajar UnIPSAS merempuh ambulans di persimpangan lampu isyarat berhampiran Masjid Hidayah,Paya Besar,Kuantan
KUANTAN,15 Julai - Dua pelajar Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) maut selepas motosikal dinaiki mereka merempuh sebuah van ambulans di persimpangan lampu isyarat berhampiran Masjid Hidayah,Paya Besar di sini pagi tadi.
Dalam kejadian pukul 11.00 pagi itu,Muhammad Zuhair Rifqi Abdul Jalil,21 tahun,pelajar Diploma Pengajian Quran dan Sunnah,meninggal dunia di lokasi kejadian.
Manakala,rakannya,Muhammad Firdaus Mohammad Zamri,22 tahun,pelajar Ijazah Sarjana Muda Syariah Dengan Pentadbiran Kehakiman (Kepujian),pula disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Zon Merah Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan,Superintenden Mohd Adli Mat Daud dalam satu kenyataan memaklumkan,siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila van ambulans swasta terbabit sedang membawa pesakit dari arah HTAA menuju ke Bukit Rangin.
"Ketika Ambulans dengan siren dihidupkan itu hendak membelok ke kanan di persimpangan lampu isyarat,secara tiba-tiba dirempuh motosikal pelajar berkenaan yang datang dari arah Gambang di bahagian sisi.
"Akibat rempuhan itu,pemandu dan pembantu ambulans,masing-masing berusia 49 dan 43 tahun turut cedera dan kini dirawat di hospital," menurut kenyataan itu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan giat dilakukan.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur