2025-07-15 HaiPress

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,15 Julai - Ringgit memulakan urus niaga hari ini dengan lebih mengukuh berbanding dolar AS,disokong oleh data ekonomi China yang lebih baik bagi Jun,kata penganalisis.
Pada pukul 8.00 pagi,ringgit mengukuh kepada 4.2445/2670 berbanding dolar AS daripada penutupan Isnin pada 4.2505/2560.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata data China,termasuk eksport,penawaran wang dan pinjaman baharu,telah mencerminkan impak positif daripada pelaksanaan langkah rangsangan ekonomi baru-baru ini.
“Pada masa ini,ringgit dan yuan China memberi kaitan positif sekitar 80 peratus apabila yuan kekal stabil berbanding dolar AS,” katanya kepada Bernama.
Mohd Afzanizam berkata peningkatan ringgit itu dapat dilihat walaupun Indeks Dolar AS (DXY) meningkat kepada 98.106 mata berikutan reaksi pasaran terhadap ketidaktentuan tarif AS yang berlanjutan serta isyarat keterbukaan Presiden Donald Trump untuk berunding,termasuk dengan Kesatuan Eropah (EU).
“Aset berisiko seperti ekuiti ditutup lebih tinggi manakala hasil Perbendaharaan AS meningkat yang mencerminkan kebimbangan terhadap inflasi,” katanya.
Beliau berkata semalam misalnya menyaksikan ringgit ditutup 0.08 peratus lebih rendah berbanding dolar AS kepada RM4.2533.
“Berikutan itu,tinggit dijangka terus diniagakan dalam julat antara RM4.24 hingga RM4.25 hari ini,” katanya.
Sewaktu dibuka,ringgit turut mengukuh berbanding kumpulan mata wang utama,termasuk meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.8720/8874 daripada 2.8858/8897.
Ringgit juga naik berbanding pound Britain kepada 5.6987/7289 daripada 5.7305/7379 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.9512/9775 daripada 4.9693/9757 sebelum ini.
Selain itu,ringgit juga meningkat berbanding mata wang ASEAN.
Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.3093/3271 daripada 3.3184/3229,mengukuh berbanding baht Thai kepada 13.0660/1450 daripada 13.1213/1439,meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 261.1/262.7 daripada 261.5/262.0 dan tinggi berbanding peso Filipina kepada 7.49/7.53 daripada 7.50/7.51. - BERNAMA
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur