2025-07-15 IDOPRESS

Ketua Setiausaha Negara,Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar/Foto RTM
KUALA LUMPUR,15 Julai - Menteri Kesihatan,Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dan Menteri Besar Johor,Datuk Onn Hafiz Ghaz dijadual mengadakan perbincangan bagi menyelesaikan isu kekurangan tenaga kerja kesihatan di hospital utama di negeri itu.
Ketua Setiausaha Negara,Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar yang memaklumkan perkara itu bagaimanapun,tidak dapat mengesahkan lokasi pertemuan yang diadakan petang ini.
“Malah,pada malam tadi pun saya ada berbincang dengan dia (Menteri Besar),insya-Allah kita akan usulkan beberapa cadangan penyelesaian.
"Saya tak pasti di mana,tetapi mesyuarat itu melibatkan Menteri Kesihatan dengan Menteri Besar Johor pada petang ini." katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Penyelidikan Tindakan Antarabangsa Ketiga Azman Hashim International Business School (AHIBS-ACT) 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC),di ibu negara.
Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan media semalam berhubung kebimbangan kerajaan negeri berkaitan krisis kekurangan tenaga kerja kesihatan yang meruncing di Johor.
Mengulas lanjut,beliau menjelaskan kemelut kekurangan petugas kesihatan itu dimaklumkan Menteri Besar Johor selepas Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-146 di Putrajaya,semalam.
Mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim turut dihadiri beberapa menteri Kabinet dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur