2025-07-15 IDOPRESS

Datuk Fahmi Fadzil
PUTRAJAYA,15 Julai – Majlis Media Malaysia (MMM) bakal menjadi platform rasmi mengurus isu industri media secara lebih bebas dan mampan.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menjelaskan,penubuhannya penting bagi memastikan isu serta cabaran industri media dapat ditangani tanpa campur tangan pihak berkepentingan,selaras prinsip kebebasan media.
Kerajaan juga tidak berhasrat untuk mengawal badan itu,sebaliknya bakal menyokong dari aspek perundangan mahupun pendanaan.
"Hubungan kementerian dengan pihak industri media ini adalah bagi membolehkan penubuhan dan kelancaran pelaksanaan Majlis Media Malaysia. Kami tidak ada niat untuk mengawal dan memberi arahan.
"Kami mahu anda (media) bebas untuk mempertimbangkan,berbincang,mengatur sesuatu. Kami ingin membantu dengan menyediakan sama ada dari segi perundangan,ataupun sumbangan pendanaan,membolehkan majlis media ini bergerak dengan lancar,terutama pada tahun pertama," katanya.
Beliau berkata demikian,dalam Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Anggota Lembaga Pengasas Majlis Media Malaysia di Kementerian Komunikasi di sini.
Majlis itu turut dihadiri Timbalan Menteri Komunikasi,Teo Nie Ching; Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi,Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran,Datuk Suhaimi Sulaiman.
Seramai 12 Anggota Lembaga Pengasas MMM menerima watikah pelantikan hari ini.
Majlis itu dijangka mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Pertamanya pada 7 November depan bagi membincangkan hala tuju awal serta keperluan pentadbiran.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur